Asyik asyik cinta, tak membina masyarakat langsung!

Asyik asyik cinta, tak membina masyarakat langsung!
  • Share
  • Sharebar
  • Share

 

Haha, Luna banyak kali dengar pihak pihak berlagak alim bercakap macam ni pada blog blog cinta. Luna cuma kesian kat diorang. Sebab diorang anggap cinta itu sesuatu yang tidak baik. Mungkin, diorang tak pernah rasa cinta tu apa kot :D Banyak kali jugak lah Luna dengar blogger blogger Islamik ni mengutuk blog blog cinta macam Luna ni. Takpelah kan, mereka itu baik. Kita yang menulis blog cinta ni tak bermanfaat dan kosong semata mata. Well, pedulikan apa yang mereka nak cakap. Luna sangat kesian kat diorang sebab diorang mendongak ke langit, dan mengumumkan diorang lah manusia yang bermanfaat kepada orang lain, tapi tak pernah rasa apa itu cinta. Pada mereka cinta itu hina, kotor dan melalaikan. Kesian…

 

Jangan sebab ada beberapa pihak yang menggunakan nama cinta untuk memuaskan nafsu, kita anggap semua cinta itu kotor. Dan tak salah juga nak mengungkapkan cinta dari segi Islamik. Habis tu, suami isteri yang dah berkahwin tak payah dah bercinta ek? Siapa kata? Makin lama usia perkahwinan, sepatutnya makin kuatlah cinta itu. Dan sebuah perkahwinan tidak boleh bahagia hanya dengan tolak ansur dan persefahaman tanpa adanya perasaan cinta! Yang akan ada cuma rasa hormat sesama pasangan, toleransi dan bukannya sebuah rumahtangga yang penuh dengan cinta.

 

Cinta itu anugerah dari Allah. Menghina cinta samalah macam menghina anugerah yang Allah bagi. Jangan sebab dia pernah kecewa, dia akan anggap cinta itu kotor. Luna pun pernah kecewa, pernah jatuh, pernah dihina dulu. Tapi Luna tak anggap cinta tu kotor. Cinta sejati itu wujud. Percayalah. Cuma bukan senang nak cari. Jika kita mahu dapat cinta sejati, kita sendiri kena jadi pencinta yang baik dulu. Macam mana? Jangan terlalu memilih pasangan berdasarkan kriteria. Ni, nakkan awek/pakwe cun/hensem je, yang kurang lawa tak nak pandang, tapi bila dia dah curang mulalah marah sana sini.

 

Ingat ye, hubungan yang dimulakan berdasarkan terma tarikan fizikal tidak akan kekal. :) Sebab Luna ada dengar sorang budak laki ni cakap. Dia lebih rela pilih perempuan cantik tapi akhlak buruk daripada pilih perempuan tak cantik yang berakhlak baik. Alasan dia, akhlak boleh dibentuk. Rupa susah nak tukar. Cetek kan fikiran dia? He deserves my pity. :)

 

Macam mana nak cari cinta sejati kalau kita sendiri memilih? Cinta adalah kekuatan terkuat yang Allah bagi dalam dunia. Kenapa? Seorang suami akan jadi kuat bila ada sokongan dari isteri. Si isteri akan tabah menjalani kehidupan bila dia dilindungi kasih sayang suami. Kan? Jadi tak pelu lah orang orang itu nak hina blog cinta macam Luna ni. Yelah kan, kita ni banyak dosa, tak macam dia, beriman dan berpahala sentiasa.

 

Bila kita kecewa, jangan sesekali anggap semua cinta itu kotor. Setiap orang mempunyai kisah cinta yang berbeza. Dan bila kita ada pasangan, jangan pandang rendah pada mereka yang single. Biar apa pun status relationship seseorang, hormatilah dia. Banyak Luna tengok, bila dia kecewa, dia mula akan merendah rendahkan pasangan lain yang masih bercinta. Sila hormat pada hubungan orang lain.

 

Cinta sebenar itu menguatkan, bukan melemahkan. Cinta sejati itu membangunkan seseorang, bukan menjatuhkan. Cinta bukan toleransi tanpa ikatan perasaan kasih.

 

-Salam sweet dari Luna-


Untitled Document

 

Disclaimer~!

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi daripada penulis semata mata dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang rasa tak puas hati yang pembaca alami. Kalau tak suka, saya minta maaf. There's nothing you can do except clicking the close button.

Sebarang gambar yang ada dalam blog ini diambil dari Google. Gambar yang diletakkan watermark adalah milik tuan punya blog sendiri.

Dilarang copy paste sebarang artikel dalam blog ini tanpa kebenaran dari pemilik blog.

Pemilik blog berhak untuk mengedit atau mendelete sebarang komen yang mengandungi unsur-unsur ini iaitu :-

- Komen spam

- Komen yang mengandungi bahasa yang tidak difahami atau sensitif

- Komen yang menyerang secara peribadi

 

*Polisi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja.

suka artikel ini? cuba lihat yang lain pulak

You can leave a response, or trackback from your own site.

One Response to “Asyik asyik cinta, tak membina masyarakat langsung!”

  1. cuba try pegang bara api, seminit pun rasa macam sejam tapi kalau kita habiskan masa sejam dengan orang tercinta rasa macam baru seminit… itu kata Albert Einstein..

    [Reply]

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: buy backlinks | Thanks to San Diego SEO Company, Online Games and Addicting Games