Ha, tiba tiba pulak nak post tentang tips ni setelah lama tak post apa apa
. Bukan pakar psikologi je yang boleh post mengenai tips betul tak? Bagi Luna, sesiapa yang mempunyai pengalaman dalam sesuatu perkara layak menulis tentang pengalaman mereka dan itu digelar tips kepada orang lain. Jadi, Luna nak share sikit kepada sesiapa yang baca. Terutama kepada mereka yang macam Luna dulu. Kebudak budakan dan tidak dewasa.
Cara dewasakan diri apabila marah
- Pertama, jangan maki hamun seseorang yang korang marah tanpa usul periksa. Semasa permulaan marah itu seeloknya kita ajar diri kita supaya tahan diri daripada mengamuk. Caranya? Istigfar dalam hati. “Sabar..sabar..Astagfirullah”. Dan jangan bertemu dengan orang yang korang tengah marahkan tu dulu. Pergilah tempat lain ke, alihkan perhatian dulu ke. Bertindak mengamuk membuta tuli adalah tindakan yang sangat budak budak. Apatah lagi kalau korang marahkan pasangan korang. Tak eloklah main terjah je kan? Cuba bayangkan kalau dia tak salah? Tak pasal pasal kita yang nampak bodoh dan dia terasa dengan kita? Macam mana? Kalau orang buat kat kita macam tu kita marah tak? Siapa yang tak marah bila orang tetiba tengking kita tanpa usul periksa. Nak naknya dia pasangan kita. Terasa giler hati wooo.
Cara dewasakan diri apabila sedih
- Menangis itu perlu tapi jangan terlalu mengikut emosi sampai merisaukan orang lain terutamanya ibu bapa kita. Kalau tengah ada salah faham dengan pasangan, sebagai perempuan of course lah kita akan menangis kan. Tapi jangan menangis lama lama. Menangis boleh meredakan hati yang sedih tapi menangis tak boleh menyelesaikan masalah. Lepas nangis, terus positifkan diri dan bangkit mencari jalan penyelesaian.
Cara dewasakan diri apabila bersama pasangan
- Ini general. Macam mana nak dewasakan diri apabila bercinta? Banyak cara yang boleh kita belajar. Belajar cara memahami pasangan, ambil tahu soal kehidupannya (tapi jangan jadi spy 24/7 pulak). Jangan kongkong pasangan. Ini untuk para wanita. Kita selalu jeles bila bf kita nampak mesra dengan kawan perempuan dia, suka pulak puji perempuan lain cun la hot la, dan jeles bila ada perempuan lain gedik gedik dengan dia kan? Tips Luna, biarkan! Ha, biarkan dia nak puji perempuan lain cantik ke, nak berkawan dengan mana mana perempuan ke (kecuali beberapa orang yang korang memang tak boleh terima). Kenapa biarkan? Sebab bf korang tu tak curang pun. Dia nak berkawan je. Hehe.
- Luna dah kena dah macam ni. Jeles tak tentu pasal sebab perempuan tu memang gedik gila. Siap bagi love2 lagi kat wall bf Luna. Masa tu pulak Luna agak sentimental dan tak berapa nak matang. Memang kena la kan.
Tapi tu sume salah Luna kot. Kita akan nampak mengongkong pasangan kalau kita bersikap cemburu buta. Biarkan dia nak berkawan dengan sesiapa pun ASALKAN TIDAK MELAMPAU! Ha… asalkan jangan melampau lampau.
- Sebab lelaki ni, bila dia nampak flirty, tak semestinya dia tak sayang kita atau dia nak curang. No, dah namanya lelaki mestilah dia nakal kan? Apa lagi bila dengan kawan kawan dia. Memang jalan je la bila dapat usha2 perempuan cantik. Haha. Tapi… seorang lelaki yang baik cuma akan ada seorang wanita istimewa saja dalam hati dia. Wanita yang dia mahu hidup bersama. Wanita yang dia boleh terima seadanya, yang dia betul betul cinta, tak kira kita buruk ke kita cantik ke. Siapa? Kitalah!
- Korang kenal kan Aaron Aziz? Pernah terfikir tak macam wife dia, Diyana Halik handle perasaan cemburu bila tengok hubby dia berlakon mesra dengan perempuan lain? Oklah itu lakonan, kerja, takpe. For sure mesti ada perempuan perempuan gedik + jahat + suka merampas hak orang akan kacau Aaron kan? So, kalau diikutkan wife dia tu lagi la tahan sakit hati bila Aaron kena kacau, tapi so far hubungan Aaron dan isterinya sangat sweet dan bahagia. Jadi moralnya di sini. Jangan cemburu tanpa usul periksa.
Ok, sampai sini je nanti Luna sambung lagi. Nak membalas komen2 terdahulu pulak. Banyak lagi tak balas ni.
- Salam sweet dari Luna -
Disclaimer~! Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi daripada penulis semata mata dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang rasa tak puas hati yang pembaca alami. Kalau tak suka, saya minta maaf. There's nothing you can do except clicking the close button. Sebarang gambar yang ada dalam blog ini diambil dari Google. Gambar yang diletakkan watermark adalah milik tuan punya blog sendiri. Dilarang copy paste sebarang artikel dalam blog ini tanpa kebenaran dari pemilik blog. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau mendelete sebarang komen yang mengandungi unsur-unsur ini iaitu :- - Komen spam - Komen yang mengandungi bahasa yang tidak difahami atau sensitif - Komen yang menyerang secara peribadi
*Polisi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja. |
Incoming search terms:
- apabila wanita menangis dan terasa hati
- tips elak cemburu
- bila orang buta bercinta
- nampak tak mesra dengan bf tapi sayang
- tips elakkan diri dari curang
- rasa cemburu bila tengok orang lain bercinta
- kata dewasa kan diri
- elak cemburu buta
- cara-cara cinta biar kekal
- cara mengelak dri bertengkar dgn bf



April 12th, 2012
Luna Qiszara 
Posted in
Tags: 



Post yang baik.. simboliknya;hati orang-orang yang berpengalaman dalam bercinta ini dipenuhi dengan parut, ia luka dan sembuh dalam menghadapi percintaan..
[Reply]
Luna Qiszara Reply:
April 21st, 2012 at 5:45 am
Hehe, terima kasih. Betul2..makin lama makin matang, Insha Allah.
[Reply]
bagus…….pandangan awk matang la luna,,,,
[Reply]