“Salahkah saya curang bila pasangan saya tidak bertanggungjawab?”

"Salahkah saya curang bila pasangan saya tidak bertanggungjawab?"
  • Share
  • Sharebar
  • Share

 

Salam semua pembaca Luna yang dihormati sekalian. Kali ni Luna nak update ringkas je. Entri ini adalah entri susulan mengenai post yang lepas tentang kecurangan juga. Luna terima satu komen dari seorang anonymous yang sangkal kata kata Luna. Tapi Luna nak tanya pendapat korang semua, adakah curang itu dibenarkan apabila pasangan tidak bertanggungjawab? Contoh seperti dalam komennya yang korang boleh tengok di post INI, dia kata Luna masih mentah dan dia juga beri contoh jika seorang isteri curang, itu kerana si suami tidak bertanggung jawab lalu datanglah seorang lelaki lain yang katanya beri sepenuh kasih sayang dan tanggungjawab kepada si isteri. Maka si isteri itu pun curang. Korang boleh terima tak alasan tu?

Sebenarnya, maksud curang yang Luna katakan dalam post yang lepas itu adalah curang pada cinta dan hubungan yang dia sendiri relakan pada mulanya. Contoh suatu masa dulu, mereka saling mencintai, lepas beberapa ketika dia melakukan hubungan dengan orang lain, jadi itu maksud kecurangan! Luna tak faham kenapa dia nak terasa dengan entri Luna tu. Jadi Luna simpulkan, dia adalah seorang isteri yang curang dengan niat. :)

Memang Luna ni budak mentah, tapi Luna juga pernah melalui pengalaman cinta yang sukar dulu. Luna tak boleh terima alasan dia kerana, jika lelaki yang dia katakan itu bertanggungjawab kenapa dia mengadakan hubungan dengan isteri orang? Kalau seorang lelaki itu benar benar bertanggungjawab, dia takkan buat hubungan dengan isteri orang. Dan bagi seorang isteri, berdosa jika menduakan suami. Dosa suami dengan si isteri tu lain, tapi bila si isteri curang, dia tetap berdosa. Jadi takkanlah kita nak kata, “oh, husband dia jahat, memang patut pun dia curang!” Boleh ke macam tu?

Benarlah kata orang, mereka yang curang ni suka bagi alasan untuk menutup kesalahan. Bagi Luna memang tak boleh terima kecurangan. Si anonymous tu beri komen macam tu sebab dia terasa dengan kata kata Luna mengenai orang yang curang mungkin. Kepada orang yang berkenaan, maaflah kalau terasa. Tapi curang masih tetap satu pengkhianatan walau apa pun alasannya. Korang pulak macam mana? Sanggup tak dicurangi?

Untitled Document

 

Disclaimer~!

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi daripada penulis semata mata dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang rasa tak puas hati yang pembaca alami. Kalau tak suka, saya minta maaf. There's nothing you can do except clicking the close button.

Sebarang gambar yang ada dalam blog ini diambil dari Google. Gambar yang diletakkan watermark adalah milik tuan punya blog sendiri.

Dilarang copy paste sebarang artikel dalam blog ini tanpa kebenaran dari pemilik blog.

Pemilik blog berhak untuk mengedit atau mendelete sebarang komen yang mengandungi unsur-unsur ini iaitu :-

- Komen spam

- Komen yang mengandungi bahasa yang tidak difahami atau sensitif

- Komen yang menyerang secara peribadi

 

*Polisi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Incoming search terms:

  • bila curang
  • bilacurang
  • kisah benar isteri curang
  • curang
  • dosa isteri menduakan suami
  • isteri curang
  • bila isteri curang
  • maksud curang
  • kisah benar pasangan curang
  • kisah bila curang

suka artikel ini? cuba lihat yang lain pulak

You can leave a response, or trackback from your own site.

2 Responses to ““Salahkah saya curang bila pasangan saya tidak bertanggungjawab?””

  1. darwisha says:

    atas dasar apa sekali pun….isteri yg curang tetap berdosa! tak payah nak berdolak dalik lagi! kalau dah tau suami tu tak bertanggungjawab, mintak tlg keluarga terdekat nasihat suami, kalau nasihat isteri suami buat tak tau la…lps tu, kalau tak ok, buat aduan kat pejabat ugama…diaorang kan ada kauselor! kalau tu pun tak jalan jugak, maka tuntut la fasakh sbb dalam islam dibolehkan isteri menuntut fasak sekiranya suami tidak bertanggungjawab, mendera fizikal & mental, cara hidup ygy menyimpang dari ajaran islam etc……ni tak, bising2 suami tak bertanggungjawab, tapi still dgn suami, lps tu buat pulak dosa dgn cara curang! apa kes???? pikir2 kan la….kalau betul bf tu sayang sgt kat bini org tu, macho la, gi jumpa suami pompuan tu! mintak dia lepaskan isteri dia! tak pun tebus talak kalau dah kemaruk sgt!

    [Reply]

    didik budiarto Reply:

    dosa tetap dosa,,,haram tetap haram.nauzubillahiminzalik,,,tak takut kene bako dalam neraka ke?

    [Reply]

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: buy backlinks | Thanks to San Diego SEO Company, Online Games and Addicting Games