Salah satu kesilapan lelaki dalam usaha memikat perempuan

  • Share
  • Sharebar
  • Share

Hehehe. Ok, firstly Luna nak cakap ni cuma pendapat peribadi Luna je sebagai seorang wanita. Masa zaman Luna single dulu, Luna menyampah bila lelaki mengorat Luna. Serius! Maksud Luna mengorat yang macam mana tau, mengorat yang nampak sangat dia nak mengorat kita. Ahaha. Desperate la weh! Bagi Luna, perkara pertama yang seseorang lelaki kena buat adalah jadi kawan si perempuan tu dulu. Jadi kawan dia dulu, layan macam kawan biasa je, jangan tunjukkan korang yang lelaki ni minat kat perempuan tu. Tunggu dulu.

Tapi jangan guna perkataan “kau, aku” dalam membahasakan diri ye. Ni untuk yang pertama kali berkenalan la. Sebab tak manis guna perkataan “kau, aku” kan. Jadi kawan dia dulu dan lepas tu barulah slowly tunjukkan korang concern dengan perempuan tu. Jangan mula2 kenal dah nak mengorat. Lepas tu jadi la gentlemen sikit. Kalau nak mintak no telefon tu beradab la ye. Luna dan kawan2 perempuan banyak kali jumpa lelaki macam ni. Mintak no telefon takde adab, lepas tu bila tak bagi mulalah nak marah2 kata kita ni sombong!

Jadi, kepada lelaki2 gentlemen sekalian, be her friend first ye. Jadilah seorang lelaki yang gentle dalam memikat perempuan dan bila dah dapat nanti, jaga elok2! Jangan mainkan perasaan orang, tak baik. Lagi satu, jangan tunjuk baik depan perempuan, menyampah seyhh! Buat biasa sudah, jadi diri sendiri. Perempuan benci lelaki yang cakap nak tinggi je masa mula2 kenal, last2 bila dah tau perangai sebenar, hampeh!

p/s : Dulu kan, Luna yang firstly mengorat si dia. Hehe. Sebab takmo si dia terlepas ke tangan orang lain. Bior le orang nak cakap apa, yang penting, I love him so much, dan Luna tak rampas hak sesiapa. Dia single mingle masa tu. Hehe. He’s the greatest love I’ve ever had.

-Salam sweet dari Luna-

Untitled Document

 

Disclaimer~!

Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi daripada penulis semata mata dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang rasa tak puas hati yang pembaca alami. Kalau tak suka, saya minta maaf. There's nothing you can do except clicking the close button.

Sebarang gambar yang ada dalam blog ini diambil dari Google. Gambar yang diletakkan watermark adalah milik tuan punya blog sendiri.

Dilarang copy paste sebarang artikel dalam blog ini tanpa kebenaran dari pemilik blog.

Pemilik blog berhak untuk mengedit atau mendelete sebarang komen yang mengandungi unsur-unsur ini iaitu :-

- Komen spam

- Komen yang mengandungi bahasa yang tidak difahami atau sensitif

- Komen yang menyerang secara peribadi

 

*Polisi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja.

Incoming search terms:

  • macam mana nak pikat perempuan
  • macam mana nak pikat hati perempuan
  • jangan mainkan perasaan orang
  • cara memikat wanita sombong
  • cara mencuri hati wanita
  • no telefon perempuan
  • nombor telefon perempuan
  • perempuan sombong
  • lelaki kasar
  • pikat perempuan

suka artikel ini? cuba lihat yang lain pulak

You can leave a response, or trackback from your own site.

27 Responses to “Salah satu kesilapan lelaki dalam usaha memikat perempuan”

  1. Haidir says:

    Hi, Luna. Sy ada nak kenal seorang ni, tp kalau tengok betul2 mmg takde peluang nak buat berkenalan. bingung sangat2. kalau nak approach pn takde link. mcm mane ek?

    [Reply]

    Luna Qiszara Reply:

    Hai,
    huhu, Luna tak pandai bagi nasihat sebenarnya sebab Luna bukan Dr Love..hehe
    tapi sebagai seorang perempuan, Luna boleh bagi pandangan…
    macam mana ye maksud takde peluang nak berkenalan..
    sekarang ni kan kita ada YM, FB.. cube usha2 ikut situ dulu..
    risik2 dengan kawan2..ttg apa yg dia suka semua..
    perkara pertama yg kite kena buat kalau kite betul2 minat dgn seseorang adalah jadi kawan dia..
    macam entry Luna kat atas tu..just jadi kawan dia dulu..
    Insyaallah kalau dia seorang wanita yang ikhlas dan tak memilih, mesti dia sudi kawan dgn awak..

    awk pun boleh tunjukkan awak betul2 ikhlas nak kawan dgn dia..
    perempuan yang betul2 baik ni, dia tak kisah berkawan dgn lelaki yang macam mana pun.. :)

    try usahakan utk jadi kawan dia.. :)

    hope membantu..
    Luna bukan sesiapa nak bagi nasihat macam ni..
    x layak lg..
    tp at least kita boleh kongsi2 pendapat kan.. :)

    [Reply]

  2. Haidir says:

    payah sikit, dia ni budak kpg, tak de ym,takde fb, tak tau nk guna internet. Kesian jugak tengok dia sbb dtg sini disebabkn masalah family. daripada dia hanyut nanti, baik selamatkn dia dr awal. sebulan dh sy perhatikn, dan sangat berkenan. hihi:D

    [Reply]

    Luna Qiszara Reply:

    owh..die dtg sini sorang2 ke..kalau ada kawan, awk try la berkawan ngan kawan dia dulu..hehe..pastu tunjukkan yg awak ni concern dgn prmpn yg awk minat ni..
    Insyallah kalau niat awak betul2 ikhlas, Allah akan permudahkan jalan awak..
    :)

    [Reply]

  3. Haidir says:

    a’a, dia dtg sorang2. kesian dia kena pandai2 jaga diri. kwn dia hanya kawan tmpt keja, tp masalahnya sy tak kenal diaorg.

    kalau nak buat direct approach, nanti dia lari – mana tau kalau2 dia fikir sy ade niat lain, yela kan ke mcm org berniat jahat je mcm tu. tu yg kering idea ni, mane tau Luna ada idea yg lebih bgus. Luna ni org prmpuan mungkin faham soal hati org prmpuan. boleh kongsikan. ;D

    ~bukan desperate, tp dah 4 tahun mencari sekarang baru muncul :D

    [Reply]

    Luna Qiszara Reply:

    erm..hehe..sy ni susah jugak nak cakap..
    mybe kena approach jugak..tp bukan direct la..
    contonhnye kena cari jalan untuk kerap ada dengan dia..
    sebab nak x nak, mesti kena berkawan dengan dia dulu kan..
    selagi x kawan, selagi tu x ley rapat..hehe
    kalau awk satu tempat kerja dgn dia ke..kan senang sikit..
    prmpn ni..kalau orang approach secara baik..dia x akan tolak..
    mula2 tu of coz la..tp bila da lame2 dia akan nmpk kesungguhan awak..
    Insyaallah kalau ada jodoh x kemana..
    Amin..
    hehe

    [Reply]

  4. rudy says:

    assalammualaikum..hi..luna…
    saya nk minta tolong bg pendapat…
    apa yg perlu saya buat…abg saya ada kenalkn saya dgn seorng perempuan ni di FB..saya cuba lah nk kenal…..sbb sblom ni saya xpernh pun kenal mana2 perempuan pun..inilah kali pertama saya mncuba utk mngenal prempuan..mngkin sbb umo saya sudah nk mncecah 30 kot..
    prempuan ni dia kata selalu sebuk dgn kerja2 dia dan tiada masa..buat masa ni dia kata kita kawan dahulu dan jgn mngharap apa2….saya pula pernh mnyatakn hasrathati saya terhadap dia….dan dia katakn kita kawan dulu dan sekiranya saya berjaya memikat dia insyaallah barulh dia akan serius dgn saya….
    masalhnya sekrng ni…dia nk saya pikat hati dia..sedngkn saya ni mmg tak pandai nk pikat prempuan..tolong la luna bg pendapat..

    [Reply]

    Luna Qiszara Reply:

    erm..walaikumsalam..
    kalau macam tu kan..bg sy la sebagai seorang perempuan, dia nak tgk sejauh mana kesungguhan awak untuk dapatkan dia..
    dia suruh awak pikat dia, sebab dia nak rasa dia boleh jatuh cinta dgn awak ke tidak..
    buat masa sekarang, mmg dia xde apa2 perasaan lg kat awak, sebab tu dia selesa berkawan dulu..
    soal pikat tu..hehe..apa kata awak cuba dulu sebelum ckap tak pandai..
    pikat perempuan bukannya susah..awak cuma perlu tunjukkan keilkhlasn awak pada dia..
    itu je yg orang perempuan nak sebenarnya..
    dia nak tgk sejauh mana awak sanggup usaha demi dia..
    kalau awak betul2 nakkan dia..
    mesti awak akan berusaha keras utk pikat dia..betul tak?
    ada banyak tips dalam internet ttg cara2 pikat perempuan, tp yg paling bagus, awak jadi diri sendiri..
    awak jgn pura2 depan dia..itu jalan yg terbaik..
    Inyaallah kalau awak betul2 ikhlas, dia akan nmpk dan hati dia akan terbuka terima awak..
    Amin…
    hope membantu..huhu..

    [Reply]

  5. rudy says:

    time kasih bnyk2 luna……kerana sudi bg pendapat..

    [Reply]

    Luna Qiszara Reply:

    sama2..hehe..
    kalau nak pendapat lg bernas dr orang yg berpengalaman..
    dekat facebook ada satu page, nama dia Brother Love ataupun Razzi Rahman..
    try la tengok2 kat situ.. :)

    [Reply]

  6. asa says:

    salam…hi Luna…
    saya amat teringin berkawan dgn sorg bdk ni, actually dia junior saya, n ktorg mmg dlm satu course yg same. saya actually bknlah berhajat nk be someone special to her, u know, bf-gf relationship etc2, tp sy jz nk befriend saje dgn dia. sy sgt suka klu satu hari nnt ktorg blh jdk BFF bcoz she seems to be quite an interesting n attractive girl, n kind of happy-go-lucky girl tp sy plak merupakan sorg yg sgt pemalu dgn perempuan (maybe sbb my physical appearance). tp masalahnya, ktorg bru beberapa kali interacting kt fb (chatting, wall post comments, etc, itu pown saya yg start). FYI, dia ni mmg ade ramai secret admirer n mmg ramai kwn lelaki. so, mcmne bleh saya approach dia face to face jz to start a friendship? even kdg2 klu chatting pown sy xtau nk ckp pe sgt dgn dia (tp klu dia reply chat, cara dia ckp mcm dia dh sgt knl dgn sy for a very long time, so i think there’s hope). sy amat menghargai bantuan dr Luna…thanks…

    [Reply]

    Luna Qiszara Reply:

    walaikumsalam…
    maaf ye sbb lambat reply..ada masalah sikit dgn blog ni..huhu
    sy bg pendapat sy ye..hehe..sebenarnya xde masalah pape pun ni..
    cuma awak yg terlalu rendah keyakinan diri..girl yg awak nk berkawan ni dah respon dgn baik..ramah dan sy sure dia suka berkawan dgn awak..betul!

    firstly, awk kena tingkatkan keyakinan diri..awak ada ckp pasal physical appearance awak kan..erm, cuba awak tanya seseorang yg betul2 awk percaya ttg physical appearance awak..kalau ada yg x kena, try ubah sikit2..yg penting be yourself..bina keyakinan diri dulu.. sbb itu masalah utama awak.. :)

    lepas tu sy sure, mesti awak dah berani kan, jadi awak boleh tegur dia..mula2 just senyum dulu kalau awak berselisih dgn dia.. kalau dia senyum jugak…thats really good la kan..hehe..

    lepas tu bila berselisih lg.. try senyum lg dan kali cuba bertegur lisan pulak contoh macam say hi ke kan.. buat sikit2 dan tgk respon dia..lepas tu mesti awak da x kekok utk bertegur dgn lebih rapat sikit dgn dia..

    dulu masalah sy macam awk jugak..sy sgt pemalu sbb fikir diri sy x cantik..nk tegur org pun malu…tp apa yg sy buat adalah, sy ubah penampilan diri dan bina keyakinan diri..lepas sy sendiri skang dah jadi ramah! :D dah x takut nk bertegur dengan sesiapa pun..

    try it..i’m sure u can do it..

    sekadar pandangan dr sy.. :)

    [Reply]

  7. asa says:

    thanks a lot for the encouragement and advise. hmm, actually dlm ms smggu ni akn ada design review week utk course kami. so, sume students pny work akn dipamerkan oleh setiap student tmasuk work sy dan junior sy itu. so, sy plan klu nk tegur dia dlm jangka ms trsebut. sy plan nk pergi ke studio dia dan tgk hasil kerja dia n klu kebetulan dia ada ms tu, blh r sy try mcm comment ke, etc2. tp, klu hanya kebetulan. selain dr itu, sy rs susah utk nk try approach dia lg. klu sy tetiba approach dia, sy takut dia akn fikir yg bkn2 je, e.g. “mamat ni lg”. apa pndpt luna? or maybe ada cara lain sy blh tegur dia yg maybe xberapa obsolete? hehe…thanks…:)

    [Reply]

  8. jokegurl says:

    nice blog dear……………first visit here,

    [Reply]

  9. Luna Qiszara says:

    asa – so sorry sbb lambat balas komen..blog ni ada masalah aritu.. anyway macam mana perkembangan awak?..hehe sy doakan awak berjaya k.. always think positive.. :)

    jokegurl – hye! thanks.. nnti visit la lg ek.. :)

    [Reply]

  10. buzz says:

    sye ada msaalah dgn sorng prempuan nie,sbb dia knalan lme sye dri skolh rndh n sye dh lme ske kt dia.mse dia kt skolh rndh dlu dia kurng diminti oleh budk llki sbb dia xcantik,tpi org laen x sdr apa yg sye nmpk,sbb dia tu seorng yg baik hati n pemurah.hri tu saya ada luahkn prasaan sye dkt dia,sbbye dia dh rmai de pmint n sye xnk lpsknnye,,hehehe. dia x ksi rspon,sye ksi hadiah n surt sye,dia x brbls..lps dua hri,kwn dia ckp,dia surh sye tingglkn dia sbb dia kte sye mrimskn dia,apa yg ptut sye lakukan..?

    [Reply]

  11. Luna Qiszara says:

    buzz – maaf ye lambat reply..huhu..sy x pandai sangat nk bagi pandangan tapi sy cuba beri pendapat sy ye.. :)

    mungkin die masih tak yakin dengan awak..dia takut awak main2 dan saje kenakan dia.. perempuan akan tertawan dengan lelaki yang nampak bertanggungjawab pada matanya..bertanggungjawab dari segi ni contohnya seseorang perempuan itu mahu pasangannya serius dengan dia.. ok, sy ada seorang kawan..die lelaki dan die memang meminati seorang perempuan ni..dia luahkan perasaan dan nak tau tak? kawan lelaki sy ni tunggu sampai setahun lebih untuk yakinkan perempuan tu dan akhirnya diorang dah bersama.. sebelum ni si perempuan tu saja nak uji tahap kesungguhan kawan lelaki sy tu.. :)

    mungkin buat masa ni awak kurangkan bagi surat atau buat benda yang nampak ketara utk pikat dia..slow down dulu.. tp tetap katakan padanya yang awak ikhlas nak berkawan..tunjukkan kesungguhan dan InsyaAllah dia akan nampak keikhlasan awak.. hope membantu.. just my small view.. :)

    [Reply]

  12. buzz says:

    terima ksih luna,nasihat ni amat berguna..sye hampir2 ptus harapan bile dia kte brgitu..

    [Reply]

  13. Luna Qiszara says:

    buzz – sama2..huhu..sy just bg pandangan je..tp apa2 pun jangan putus harapan k.. satu hari nanti impian awak pasti akan tercapai.. ^_^

    [Reply]

  14. wadanz12 says:

    aslm kak luna…
    sya ada msalah untuk memikat seorg perempuan,sya sdh lma meminati dia dan sy brcadang utk meluahkan perasaan sy kpdnya tp dia sdh brpnya.tman llakinya itu kwn sy jg.sy x mau hancurkan relation.sy brtekad hendak mnjauhkan diri darinya tp semakin sy menjauh darinya,semakin rindu dan sakit hati ini.apa ptut sy lakukan?adakah ptut sy mlupakan dia atau terus mnyimpan perasaan ini wlaupun sy sdar cinta sya hnya brtepuk sblah tgn?

    tlg lar selesaikan msalah sy ini.. :(

    [Reply]

  15. Luna Qiszara says:

    wadanz12 – Waalaikumsalam..maaf ye lambat reply komen ni.. macam ni la.. sy jujur ye.. dia dah berpunya.. sebolehnya jangan rosakkan hubungan dia dan teman lelaki apatah lg teman lelaki dia tu kawan awak sendiri.. awak bkn hanya akan rosakkan satu cinta, tapi juga sebuah persahabatan..

    sy tau bukan mudah utk mencintai seseorang yang bukan milik kita.. awak sendiri tau cinta awak bertepuk sebelah tangan.. maknanya gadis tu tak cintakan awak.. sy nak tanya awak sesuatu.. awak ikhlas cintakan dia kan?

    kalau awak ikhlas, awak pasti nak tgk dia bahagia kan? sanggup kah awak hancurkan kebahagiaan yg dia ada sekarang? mencintai itu penuh dengan pengorbanan.. dan cinta tak boleh dipaksa..

    sy tau awak sakit.. tp sy juga tahu awak adalah seorang pencinta yang kuat, awak ikhlas menerima takdir dan awak gembira melihat orang yg awak bahagia.. betul kan? lepaskan dia.. jodoh itu Allah yang tentukan.. InsyaAllah..awak akan jumpa gadis yang cintakan awak suatu hari nanti..

    Amin.. :)

    sekadar pandangan dari sy yang tak punya apa apa ni.. banyakkan berdoa ye.. :)
    hati kita akan tenang bila kita belajar melepaskan seseorang yang kita syg demi kebahagiaannya.. bukan mudah.. tapi ia bukan juga mustahil..

    [Reply]

  16. buzz says:

    luna,sye brbnyk trima ksih sbb sudi tlong sye..tpi nmpknye dia mcm sprti nk jaukn dri dri sye ..nmpknye sye xde hrpn..trimas sbb tlong bgi nsihat

    [Reply]

  17. Luna Qiszara says:

    buzz – sy just bg pandangan ttg apa yg sy tau je..huhu..sbb sy pun x pandai mana.. ur welkem.. InsyaAllah kalau seseorang itu ada jodoh dgn kita, macam mana pun dia pasti milik kita.. :)

    [Reply]

  18. Bettye Wade says:

    ok, sy ada seorang kawan..die lelaki dan die memang meminati seorang perempuan ni..dia luahkan perasaan dan nak tau tak? try it..i’m sure u can do it.. klu sy tetiba approach dia, sy takut dia akn fikir yg bkn2 je, e.g. kalau nak buat direct approach, nanti dia lari – mana tau kalau2 dia fikir sy ade niat lain, yela kan ke mcm org berniat jahat je mcm tu.

    [Reply]

  19. azri says:

    nak mintak tips ni. saya minat kat sorang ni. tapi asyik chat kat fb je. xtau la camna nak mintak no fon dia. ada tips tak? macam you cakap kena ada adab, camana ea?

    [Reply]

  20. Mr.Romeo says:

    Hi Luna nak minta pe dapat sikit macam mana nak pikat hati perempuan yang sudah berpunya ?

    [Reply]

  21. mijie88 says:

    Tpi klu jenis pemalu mcm saya macammana pulak, nak tengok pun kadang2 malu…. Bulih bagi tip sket

    [Reply]

Leave a Reply

Powered by WordPress | Designed by: buy backlinks | Thanks to San Diego SEO Company, Online Games and Addicting Games