
Korang yang kaki novel jiwang Melayu tu, mesti faham maksud Luna ni. Sejak 2, 3 tahun kebelakangan ni, jalan cerita kebanyakkan novel Melayu mesti agak sama. Balik balik kisah kena kahwin paksa, kisah kahwin kontrak. Bukan tak best, best tapi jangan lah asyik2 bila nak beli novel, sinopsisnya lebih kurang sama. Mungkin Luna ni belum tertarik dengan kisah suami isteri dalam novel. Luna lebih suka kisah cinta sempoi remaja macam novel Street Vendetta.
Yang paling Luna tak gemar, dalam novel tu banyak unsur 18 sx yang memualkan. Memualkan sebab apa tau, sebab banyak sangat jalan cerita watak perempuan yang kena rogol dengan suami sendiri. Lepas tu konon benci la, tak suka la. Last2 jatuh cinta! Aiseh. Ada la satu novel ni, ramai pembaca, sebab popular. Rasanya korang pun tau kot. Bicara Hati. Dulu masa budak2, Luna suka la baca novel ni, tapi bila dah besar dan boleh fikir, Bicara Hati ni bergantung pada babak “sentuh2″ tu je. Maaf la ye. Luna menyampah. Ahaha.
Luna tau bukan senang nak buat novel. Tapi at least kita buatlah ikut cara sendiri, bukan tiru jalan cerita orang lain. Satu perkara yang jarang Luna tengok dalam novel Melayu adalah kisah aksi dan adventure tapi still ada kisah cinta. Macam Ramlee Awang Murshid, itu antara contoh novelis yang pandai bermain imaginasi.
-Salam sweet dari Luna-
Disclaimer~! Ini adalah blog peribadi. Sebarang pendapat yang diluahkan di dalam blog ini adalah pandangan peribadi daripada penulis semata mata dan penulis tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang rasa tak puas hati yang pembaca alami. Kalau tak suka, saya minta maaf. There's nothing you can do except clicking the close button. Sebarang gambar yang ada dalam blog ini diambil dari Google. Gambar yang diletakkan watermark adalah milik tuan punya blog sendiri. Dilarang copy paste sebarang artikel dalam blog ini tanpa kebenaran dari pemilik blog. Pemilik blog berhak untuk mengedit atau mendelete sebarang komen yang mengandungi unsur-unsur ini iaitu :- - Komen spam - Komen yang mengandungi bahasa yang tidak difahami atau sensitif - Komen yang menyerang secara peribadi
*Polisi ini boleh berubah bila-bila masa sahaja. |
Incoming search terms:
- novel cinta kontrak
- novel bicara hati
- kahwin kontrak
- novel kahwin paksa
- novel kahwin kontrak
- novel sx
- Cerita cinta melayu
- novel cinta melayu
- novel kisah suami isteri
- novel kawin paksa



February 19th, 2011
Luna Qiszara
Posted in
Tags: 



salam betul 2 saya sokong 100% asyik2 kawin kontrak dah mcm xde idea yg lain …..sedih2
[Reply]
yer, betul sokong juga haha…
[Reply]
tp sy suka.
[Reply]
siti nur athirah – kan..banyak lg idea lain yg boleh dibuat.. hehe
nexx- hehe
arifah – ramai yg x suka..dah terlalu banyak dik.. :p
[Reply]